• Dakwa cuai hingga putus kepala bayi

    Reporter: Admin
    Published: Friday, 29 December 2017
    A- A+

    SUAMI ISTERI memfailkan tuntutan undang-undang terhadap hospital kerana didakwa melakukan kecuaian melampau apabila doktor secara tidak sengaja memutuskan kepala bayi mereka hingga terpisah dari badannya.

    Kejadian berlaku apabila doktor mengalami kesukaran untuk mengeluarkan bayi pramatang itu ketika menyambut kelahirannya.

    Reina Natalia Valazquez, 30, dan suaminya hanya pulang ke rumah bersama kotak berisi mayat bayi mereka yang diserahkan oleh pihak hospital.

    Valazquez dikatakan hamil 22 minggu dan bersalin awal ketika sedang membuat persediaan menyambut Krismas di rumah keluarganya di Salvador Mazza, Argentina.

    Katanya, ketika kejadian, suaminya berada di luar membeli lampin bayi dan terkejut apabila melihat doktor memapah bayinya tanpa kepala.

    “Ketika bersalin, kami tidak tahu sama ada doktor atau bidan yang menarik bayi hingga kepalanya terpisah dari badan,” katanya dalam tuntutan mereka.

    Pengarah hospital, Jose Fernandez berkata kepada laman Web InformateSalta bahawa doktor tidak mahu melakukan pembedahan caesarean ke atasnya memandangkan terdapat bukaan 11 sentimeter (cm).

    “Kandungannya dalam keadaan songsang jadi badannya keluar dahulu. Apabila sampai di bahagian kepalanya, terdapat kekejangan di bahagian serviks yang menekan leher bayi.

    “Doktor sakit puan memanggil doktor lain yang cuba mengeluarkan bayi tetapi terdapat koyakan dan terputus hingga tertinggal kepala di dalam,” katanya.

    Menurutnya, kepala bayi itu dikeluarkan secara semula jadi bersama uri.

    Perkhidmatan pendakwaan Argentina mengesahkan siasatan sudah dimulakan bagi mengenal pasti punca kematian bayi terbabit.- HMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Dakwa cuai hingga putus kepala bayi "