• “Dah Ready Kalau Jihan Beranak Atas Pentas”- Suami

    Published: Sunday, 17 December 2017
    A- A+

    MINGGU terakhir bagi konsert Gegar Vaganza 4, bermakna sudah hampir tiba masanya untuk pengacara Jihan Muse ‘berehat’ seketika

    Sebagai suami, Ungku Hariz telah bersedia segala kelengkapan menjelang minggu akhir program tersebut kerana bimbang jika isterinya akan itu bersalin ketika di atas pentas!

    “Memandangkan ini pengalaman pertama, saya rasa teruja dan dalam masa yang sama sedikit menggelabah. Saudara-mara pun dah banyak nasihat supaya saya ambil langkah berjaga-jaga kerana lihat Jihan seperti bila-bila masa sahaja boleh bersalin.

    “Sebab itu saya ikut dan menemani Jihan ke Johor. Saya juga sudah tengok di mana hospital terdekat di sana. Saya juga sudah bersiap sedia dengan kemungkinan Jihan bersalin di pentas akhir GV,” kata Hariz dengan teruja tapi dalam masa yang sama tetap berasa gementar menanti kelahiran bayi pertama mereka.

    Jihan dan Engku Hariz telah mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu dan Jihan disahkan hamil pada April lalu.

    Mereka baru sahaja mengadakan majlis baby shower bagi Jihan yang mana turut dihadiri oleh rakan baik Jihan iaitu Fara Fauzana, Shila Amzah, Nabila Huda, Nad Zainal dan ramai lagi.

    Walaupun Jihan dijangka akan melahirkan pada Januari depan, namun terdapat beberapa tanda-tanda bahawa dia bakal bersalin lebih awal daripada tarikh yang sepatutnya.

    “Pada awalnya, doktor menjangkakan saya akan bersalin pada Februari namun diawalkan memandangkan saiz bayi dalam kandungan agak besar.

    “Namun begitu, saya sentiasa bersiap sedia sekiranya ditakdirkan bersalin lebih awal daripada jangkaan.

    “Kalau tengok perut saya pun, memang dah nampak ke bawah,” ujar Jihan dipetik daripada portal Astro Gempak.
    Harapnya jangan lah Jihan terberanak dekat atas pentas tu pula. Haru biru jadinya nanti waktu tengah live show! -MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " “Dah Ready Kalau Jihan Beranak Atas Pentas”- Suami "