• Dah Lama Impi Lakon Bawah Arahan Mamat Khalid-Zul

    Reporter: Yusz Man
    Published: Tuesday, 12 December 2017
    A- A+

    SETIAP pelakon pasti mahukan kelainan di dalam setiap karya mereka. Kalau setiap kali berlakon asyik dapat watak hero pun jemu juga kan.

    Bagi pelakon berbadan sasa, Zulkifli Ariffin atau Zul Ariffin, dia sangat bersyukur kerana akhirnya diberi peluang untuk berkarya bersama pengarah terkenal, Mamat Khalid.

    “Impian saya jadi kenyataan kerana dapat berlakon dalam karya Mamat Khalid.

    “Itu merupakan salah satu target saya sebagai seorang pelakon untuk berlakon dibawah karya orang ‘gifted’ seperti ini,” katanya dipetik daripada Astro Gempak.

    Tambah pelakon berusai 31 tahun itu, dia sangat mengagumi karya yang dihasilkan oleh Mamat dan bekerjasama bersama pengarah yang berasal dari negeri Perak itu merupakan impiannya sejak dahulu lagi.

    “Tipulah kalau saya katakan orang tidak tahu karya-karya yang pernah dihasilkan oleh Mamat sebelum ini.

    “Saya bertuah menjadi sebahagian produksi ini dan watak yang dibawakan oleh saya kali ini agak berlainan,” tambah Zul yang turut merupakan anak jati Perak.

    Filem Hantu Kak Limah yang ditayangkan pada tujuh tahun lalu akhirnya kini akan menemui penonton lagi dengan nafas yang baharu.

    Kesinambungan Hantu Kak Limah bakal ‘menyerang’ pawagam pada tahun hadapan dan karya itu merupakan hasil usahasama antara Infinitus Productions dengan Astro Shaw.

    Jika kebiasaannya kita akan lihat Zul mendapat watak sebagai hero, namun kali ini Zul bakal membawa kelainan yang mana dia telah membawa watak sebagai Encik Solihin iaitu guru silat yang juga merangkap agen road tax serta insurans.

    Selain Zul, ramai lagi pelakon hebat yang membintangi filem ini, antaranya Awie, Uqasha Senrose, Erra Fazira, Delimawati dan ramai lagi.

    Selain daripada jalan cerita yang menarik serta pemilihan pelakon, usaha keras pengarah juga harus dipandang juga. Jadi kalau satu karya tu berjaya, janganlah hanya memuji pelakon sahaja.

    Belakang pelakon masih ada barisan krew yang berusaha keras mengahasilkan karya yang berkualiti. -MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Dah Lama Impi Lakon Bawah Arahan Mamat Khalid-Zul "