• Dadah: Murid Tahun 6 Antara Ditahan

    Published: Monday, 18 December 2017
    A- A+

    TASEK GELUGOR: Seorang murid Tahun Enam antara yang ditahan dalam Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sini, malam tadi.

    Ketua Penguatkuasa dan Keselamatan AADK Pulau Pinang, Nasruddin Abdul Rahman, berkata pihaknya menjalankan pemeriksaan terhadap 120 individu dalam Operasi Perdana.

    Beliau berkata, daripada jumlah yang diperiksa itu, seramai 100 individu berusia antara 12 hingga 72 tahun didapati positif dadah melalui ujian saringan air kencing.

    Katanya, operasi itu dijalankan sejak Jumaat lalu, di lima daerah negeri ini.

    "Dalam operasi itu, 11 individu yang masih bersekolah termasuk seorang yang baharu tamat Tahun Enam, didapati terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

    "Semua tahanan kini direman antara tujuh hingga 14 hari untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

    Nasruddin berkata, dalam operasi itu pihaknya turut merampas 3.68 gram dadah jenis morfin dan syabu seberat 1.26gram.

    Beliau berkata, seramai 69 anggota penguatkuasa AADK termasuk polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) terbabit dalam operasi itu. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Dadah: Murid Tahun 6 Antara Ditahan "