• Cuepacs Sarawak Cadangan Sokong Peningkatan Gaji Khas Penjawat Awam

    Published: Wednesday, 13 December 2017
    A- A+

    Cadangan supaya kerajaan persekutuan memberikan peningkatan gaji khas kepada kakitangan awam dua tahun sebelum 2020 adalah disokong sepenuhnya, kata Pengerusi Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS)Negeri Sarawak(CNS).

    Memetik laporan Utusan Borneo,beliau berkata ia adalah merupakan cadangan yang tepat yang telah dikemukakan Presiden CUEPACS Malaysia Datuk Azih Muda memandangkan kos sara hidup kian meningkat pada masa ini.

    “Gesaan ini tepat pada masanya memandangkan kebanyakan kerajaan negeri mampu memberi bantuan kewangan khas melebihi diumumkan oleh kerajaan pusat,” katanya

    Sebelum ini Azih berkata, CUEPACS menjangka cabaran lebih berat bakal dihadapi kakitangan awam berikutan kos sara hidup semakin meningkat dan terpaksa ditampung dengan pendapatan bulanan mereka yang kecil.

    Katanya, walaupun kerajaan memberi sedikit insentif dibayar mulai Januari depan ia didapati tidak dapat meredakan kesempitan hidup kakitangan awam untuk jangka panjang, malah hanya berfungsi untuk tempoh jangka pendek sahaja.

    Oleh yang demikian, CUEPACS berharap agar kerajaan persekutuan mempertimbangkan agar kenaikan tahunan didahulukan tanpa memansuhkan kenaikan gaji tahunan yang mereka dapat pada tahun berkenaan.

    Mengulas lanjut Ahmad turut berkata, dengan itu ia sekaligus menggambarkan situasi ekonomi negara yang sememangnya kukuh.-Sarawakiana
  • No Comment to " Cuepacs Sarawak Cadangan Sokong Peningkatan Gaji Khas Penjawat Awam "