• CUEPACS Gesa Kerajaan Bantu Penjawat Awam Kategori B40

    Published: Wednesday, 6 December 2017
    A- A+

    BINTULU: Dalam memastikan penjawat awam kategori B40 bergaji rendah yang terbeban dengan kos sara hidup semakin tinggi Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan akan membantu golongan tersebut.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Presidennya Datuk Azih Muda berkata, rata-rata penjawat awam kategori terbabit menghadapi kesulitan dalam soal kewangan kerana mempunyai pendapatan yang rendah.

    Jelas beliau, oleh yang demikian kerajaan harus mengambil langkah yang lebih proaktif bagi membantu penjawat-penjawat awam terbabit.

    Mengulas lanjut, Azih berharap agar kerajaan memberi laluan bagi rundingan menaikkan kadar elaun wilayah dan elaun perumahan wilayah bagi Sabah dan Sarawak kerana pada kali terakhir kerajaan melakukan semakan kedua-dua elaun itu sejak 20 tahun lalu dengan kadar diguna pakai masa sekarang adalah tidak relevan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.

    “Saya memetik contoh seseorang penjawat awam gaji minimumnya RM800 sebulan mendapat sekitar 25 peratus elaun wilayah setiap bulan dikurangkan kepada lapan peratus apabila gaji mereka dinaikkan.

    “Kenaikan kos sara hidup semakin meningkat sememangnya menjadi antara faktor penjawat awam berpendapatan rendah dibelenggu hutang,” katanya.

    Sehubungan itu, jelasnya, kerajaan harus mengambil berat cadangan kenaikan elaun wilayah dan perumahan wilayah bagi meringankan beban ditanggung penjawat awam dalam kategori B40.-Sarawakiana
  • No Comment to " CUEPACS Gesa Kerajaan Bantu Penjawat Awam Kategori B40 "