• Cubaan Letup Terminal Bas Gagal

    Published: Tuesday, 12 December 2017
    A- A+

    SEORANG lelaki berjaya ditahan selepas cuba melakukan serangan keganasan di sebuah stesen bas di New York.

    "Pengganas tidak akan menang," jelas Datuk Bandar Bill de Blasio selepas berlaku letupan di Terminal Port Authority, Manhattan awal pagi Isnin.

    Suspek kejadian dikenal pasti sebagai Akayed Ullah berusia 27 tahun merupakan imigran dari Bangladesh dan pemegang 'kad hijau' yang mempunyai keluarga di Amerika Syarikat.

    Ullah mengalami kecederaan berikutan bahan letupan yang diikat dibadannya meletup dan dihantar ke Hospital Bellevue.

    Manakala tiga orang awan mengalami kecederaan ringan.

    De Blasio percaya Ullah bertindak seorang diri.

    Letupan tersebut berlaku pada pukul 7.30 pagi Isnin di sebuah terminal bas paling sibuk di dunia.-mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Cubaan Letup Terminal Bas Gagal "