• Cobbold Dakwa Krisis SUPP-UPP Jejaskan Dayak

    Published: Thursday, 28 December 2017
    A- A+
    KUCHING: Mesyuarat Perwakilan tri-tahunan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang lepas memperlihatkan kedudukan Dayak dalam SUPP semakin terjejas.

    Dakwaan itu dibuat oleh Presiden Parti Bansa Dayak Baru (PBDSB) Cobbold John Lusoi dalam kenyataan di akaun Facebook beliau baru-baru ini.

    Cobbold menambah, SUPP telah bertegas akan membantah sekeras-kerasnya jika calon UPP akan menggunakan tiket calon langsung di kawasan SUPP.

    "Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah menyuarakan sokongan penuh kepada SUPP dalam PRU14 akan datang manakala, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah memberi tanggungjawab untuk menyelesaikan krisis SUPP-UPP kepada Abang Johari,” ujarnya lagi.

    Dalam kenyataan tersebut, Cobbold turut mempersoal hala tuju politik Dayak dalam SUPP.

    Dakwanya lagi, Pusing kiri pusing kanan jika diperhatikan, sekirannya SUPP dan UPP bersatu, ianya akan mencetuskan perubahan diperingkat akar umbi yang memberi kelebihan kepada 'Unit Bumiputera' pada kedua pihak dan akan berlaku perbezaan pendapat untuk memperolehi undi kaum Iban di Sibu.

    “Kemana hala tuju Dayak dalam UPP atau adakah Iban sebenarnya berpolitik atau di politikkan?," ujarnya lagi.

    Untuk rekod, pada PRN Sarawak yang lepas, pemimpin UPP (Dayak), Datuk Dr Jerip Susil (DUN Mambong), Dr Johnical Rayong (DUN Engkilili) dan Ranum Mina (DUN Opar) telah menang atas tiket calon langsung Barisan Nasional (BN).

    Subjects:

  • No Comment to " Cobbold Dakwa Krisis SUPP-UPP Jejaskan Dayak "