• CLAB Kini Syarikat Milik Penuh CIDB

    Published: Friday, 8 December 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Pusat Pertukaran Pekerja Binaan Bhd (CLAB) dijadikan syarikat milik penuh CIDB berkuat kuasa 14 November 2017.

    Ketua Eksekutif CIDB Datuk Ir Ahmad 'Asri Abdul Hamid, berkata pihaknya mengambil keputusan menjadikan CLAB syarikat milik penuh bagi memastikan CLAB memberi penekanan dalam menempatkan pekerja mahir tempatan di dalam projek pembinaan.

    Selain itu, sebagai anak syarikat CIDB, CLAB juga diberi peranan menerajui usaha menyediakan beberapa penempatan pekerja sementara yang mengikut standard ditetapkan bagi kegunaan industri pembinaan.

    "Ini satu daripada inisiatif di bawah Program Transformasi Industri Pembinaan bagi memastikan pekerja pembinaan ditempatkan di penempatan sementara yang lebih sihat dan selamat," katanya dalam kenyataan hari ini.

    CLAB ditubuhkan pada 2003 oleh Jawatankuasa Kabinet Berhubung Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin sebagai pusat pemudah cara dalam pengambilan pekerja asing bagi sektor pembinaan.

    Maklumat lanjut dan fungsi berkenaan CLAB boleh didapati di www.clab.com.my. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " CLAB Kini Syarikat Milik Penuh CIDB "