• Cipta Dron Untuk ‘Halau’ Pekerja Pulang

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 12 December 2017
    A- A+


    TOKYO – Sebuah syarikat mencipta dron yang mempunyai tugas khusus ‘menghalau’ pekerja supaya pulang ke rumah selepas tamat waktu bekerja.

    Dron yang dikenali sebagai T-Frend itu akan terbang dan berlegar-legar mencari mana-mana pekerja yang masih berada di pejabat sebelum mengeluarkan muzik dengan rakaman suara puisi Scotland, Auld Lang Syne bagi memberitahu waktu bekerja telah tamat.

    Mesin aneh itu dicipta sebagai usaha Jepun untuk mengurangkan waktu bekerja negara itu. Bagaimanapun penyelidik menyifatkan idea itu bodoh atas alasan pekerja tetap akan membawa pulang kerja ke rumah sekiranya mereka dipaksa meninggalkan pejabat.

    Pencipta dron berkenaan iaitu sebuah syarikat pembersihan dan keselamatan, Taisei merancang untuk memasarkan T-Frend pada April depan.

    Bayaran untuk perkhidmatan itu belum ditetapkan secara rasmi, namun berkemungkinan sekitar AS$4,500 (RM18,350) sebulan. – Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Cipta Dron Untuk ‘Halau’ Pekerja Pulang "