• 'Christmas Carol' Meriahkan Sambutan Hari Natal Di Kuching

    Published: Sunday, 24 December 2017
    A- A+


    KUCHING : Sejak Selasa lepas, kawasan sekitar Tebingan Sungai Kuching diceriakan dengan aktiviti 'Christmas Carol" oleh beberapa kumpulan bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Natal.

    Menurut jurucakap Pengurusan Tebingan Sungai Kuching, aktiviti tahunan itu telah diadakan sejak 2015 juga bertujuan memberi pengalaman bermakna kepada para pengunjung dan pelancong dari luar negara yang memilih untuk meraikan Hari Krismas di bandaraya Kuching.

    Aktiviti 'carol' bermula 8 malam sehingga 9.30 malam di beberapa lokasi seperti Hornbill Fountain, Rotunda, Godown Amphitheater dan Waterfront Square di sekitar Tebingan Sungai Kuching,"katanya ketika ditemui Bernama.

    Beliau berkata antara kumpulan yang terlibat dengan aktiviti karol itu ialah Bethany XLN Youth, Yadah Music Centre & Praise Valley, Simple Rhythm Band dan Love One Group. - Bernama
  • No Comment to " 'Christmas Carol' Meriahkan Sambutan Hari Natal Di Kuching "