• Chong DAP Cuba Gagalkan Impian Rakyat

    Published: Wednesday, 20 December 2017
    A- A+

    Pembangunan, pembangunan, pembangunan. Itulah impian seluruh rakyat Sarawak sejak tertubuhnya Malaysia. Kini ianya seakan tidak mustahil untuk melihat Sarawak membangun sepertimana negeri-negeri lain di Malaysia.

    Pada tahun 80'an rakyat Sarawak sudah mengidam sistem jalanraya yang baik tetapi hari ini ia menjadi kenyataan setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengumumkan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo ketika pelancaran manifesto Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada 6 April 2013.

    Projek itu dijangka siap pada 2022 bakal menelan belanja sekitar RM16 billion.

    Melihat perlunya pembangunan mampan untuk rakyat, kerajaan Sarawak melihat lebih jauh lagi dengan merangka perancangan membina Sistem Aliran Ringan (LRT) yang akan menghubungkan 4 kawasan utama negeri ini.

    Ia merupakan pembangunan yang akan memudahkan serta menjimat masa di samping meningkatkan lagi sosioekonomi kawasan laluan LRT. Dengan ertikata sebenar, rakyat akan menjana pendapatan tinggi jika bijak mengambil kesempatan pembangunan yang disediakan kerajaan.

    Namun usaha pembangunan dan kemajuan untuk rakyat seringkali mendapat bantahan dari pihak pembangkang, bahkan mereka sentiasa mencari cara untuk mematikan semua itu gagal agar mereka mendapat merit politik.

    Sebelum ini kerapkali kedengaran rintihan dan harapan rakyat Sarawak untuk melihat pembangunan penggangkutan awam di Kuching.

    Tapi bila sahaja kerajaan mengumumkan cadangan untuk membina LRT, pemimpin DAP akan lantang bersuara membantah usaha tersebut dengan pelbagai alasan.

    Tidak hairanlah, baru-baru ini Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen dengan lantang menyatakan projek LRT yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari sebagai tidak masuk akal.

    Bagi penulis, penambahbaikan perkhidmatan bas bukan jalan penyelesaian masalah kesesakan lalulintas yang sedang melanda Kuching pada hari ini.

    Justeru ada relevannya LRT dibina sebagai alternatif kepada masalah kesesakan jalanraya. Walau bagaimana pun, kerajaan telah mengumumkan projek LRT masih di peringkat kajian kebolehlaksanaan.

    Beginilah DAP Sarawak, menentang setiap pembangunan dengan dengan dakwaan pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan akan membazirkan wang rakyat sepertimana DAP menentang pembinaan Jambatan Batang Sadong dahulu.

    Buktinya siapnya jambatan tersebut hari ini begitu memberi manfaat kepada rakyat dalam berbagai bentuk pembangunan khususnya pembangunan sosioekonomi penduduk.

    Hakikatnya, pembangkang sudah berkali-kali membantah projek pembangunan rakyat, supaya rakyat luar bandar terus berada pada tahap ketinggalan dari arus pembangunan. Ini akan dijadikan modal politik pembangkang.

    Pergilah kemana-mana projek pembangunan, pastinya puak inilah yang menjadi dalang dibelakang tabir untuk memastikan projek itu dibantah dan digagalkan. - A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Chong DAP Cuba Gagalkan Impian Rakyat "