• China Pantau Aktiviti Swafoto 'Berani Mati'

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Wednesday, 13 December 2017
    A- A+

    BEIJING: Media tempatan di negara ini mengeluarkan amaran mengenai larangan penstriman secara langsung susulan insiden seorang pendaki maut selepas terjatuh dari bumbung bangunan ketika menghasilkan swafoto.

    Mangsa dilaporkan meninggal dunia ketika sedang mengambil swafoto 'berani mati' dan dilaporkan mampu menjana pendapatan sehingga AS$15,110 (RM61,200) bagi setiap video yang berjaya dirakamkan.

    Wu Yongning dikatakan terjatuh dari bumbung bangunan setinggi 62 tingkat di tengah China pada 8 November lalu, iaitu sehari selepas dia berhenti menyiarkan video eksploitasi bangunan itu dalam laman sosial Weibo miliknya.

    Sebulan kemudian, teman wanitanya mengesahkan kematian Wu yang berusia 26 tahun dalam akaun Weibo miliknya.

    Media berkata, Yongning yang mempunyai lebih 60,000 pengikut dalam akaun Weibo miliknya berhasrat untuk memenangi hadiah sebanyak AS$15,110 (RM61,200) untuk filem lagak ngeri yang difilemkan di Pusat Huayuan Hua di Changsha, iaitu ibu kota wilayah Hunan.

    Menurut pegawai China Daily hari ini, kematian Yongning dianggap sebagai satu amaran supaya pemantauan terhadap penstriman secara langsung perlu dipertingkatkan.

    "Segelintir daripada mereka cuba menunjuk-nunjuk dengan melakukan perkara berbahaya dengan tujuan untuk menarik perhatian orang ramai serta menjana pendapatan," katanya.

    Sementara itu, Changsha Evening News melaporkan, Yongning yang menyiarkan video mengenai dirinya yang memanjat bangunan bumbung tinggi tanpa peralatan keselamatan, berharap untuk menggunakan wang hadiah kemenangan itu bagi membiayai kos perubatan ibunya. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " China Pantau Aktiviti Swafoto 'Berani Mati' "