• China Atasi Amerika 2032, India Ketiga

    Published: Thursday, 28 December 2017
    A- A+

    India akan mengatasi United Kingdom (UK) dan Perancis sebagai kuasa ekonomi kelima terbesar dunia tahun depan manakala China bakal mengalahkan Amerika Syarikat sebagai kuasa utama pada 2032.

    Menurut laporan PUsat Kajian Ekonomi dan Perniagaan berpangkalan di London, India yang kini di tangga ketujuh akan naik ke tangga kelima pada 2018 mengatasi Perancis (keenam) dan UK (ketujuh) sebelum melonjak ke tangga ketiga pada 2032.

    Menurut AFP, tenaga yang murah dan revolusi digital akan memacu pertumbuhan ekonomi global dengan dominasi ekonomi negara Asia, terutama India, China dan Jepun.

    Reuters melaporkan, Russia yang terjejas dengan kejatuhan harga minyak, akan jatuh ke tangga ke-17 berbanding tangga ke-11 sekarang.

    Pakar ekonomi dan pengarang bersama laporan itu, Oliver Kolodseike, berkata: “Perkara menarik pada 2032 ialah lima daripada 10 kuasa ekonomi terbesar dunia ialah negara Asia manakala ekonomi Eropah merosot.

    “Teknologi dan urbanisasi akan menjadi faktor pemacu ekonomi dunia dalam tempoh 15 tahun akan datang.”-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " China Atasi Amerika 2032, India Ketiga "