• Chelsea Terus Fokus Elak Kekalahan

    Published: Monday, 11 December 2017
    A- A+

    HUDDERSFIELD: Chelsea yang menjalani proses 'pemulihan' bakal diuji ketika skuad bimbingan Antonio Conte sedia untuk bangkit susulan kekalahan minggu lalu apabila bertandang ke Huddersfield, awal pagi Rabu ini.

    Conte berkata Chelsea bukan lagi pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas kekalahan 1-0 kepada kelab bergelut, West Ham, Sabtu lalu.

    Ia adalah kekalahan keempat penyandang juara Inggeris itu musim ini dan ketika ini, mereka kembali menjalani latihan untuk fokus bagi mendapatkan kedudukan empat terbaik.

    Kunjungan ke Huddersfield memberi peluang buat Chelsea untuk membuktikan mereka boleh melupakan kekalahan ke atas West Ham.

    Begitupun ketika Conte mula memahami kekalahan kepada Manchester City, tumbang di tangan Burnley, Crystal Palace dan West Ham - dua daripadanya berada di zon penyingkiran memberikannya kebimbangan yang besar.

    Justeru, hasil 'siasatan' menerusi kunjungan ke Stadium London jelas menyakitkan.

    Conte akan cuba menyegarkan skuad kendaliannya dengan merehatkan Tiemoue Bakayoko bagi memberi laluan kepada Pedro sekali gus merubah barisan tengahnya sekali pun mengakui gembira dengan prestasi pemain tengah itu.

    "Bakayoko bermain dengan baik tetapi apabila kamu bermain 11 pemain dan kamu tewas 1-0, penting untuk kamu merubah sesuatu," kata Conte.

    "Pedro mempunyai karaktor yang berbeza dengan Bakayoko, dia lebih bagus dalam pertembungan satu lawan satu dan memiliki kualiti teknikal yang bagus."

    Kapten Chelsea, Gary Cahill mengakui kekalahan itu mengecewakan.

    "Kami tidak bermain seperti biasa. Ia mengecewakan," katanya. "Kami tidak berada dalam perlumbaan (kejuaraan liga), untuk apa saja alasannya. Ia mengecewakan untuk keluar dan merasainya.

    "Saya bukannya seseorang yang mencipta alasan. Kami mengharungi banyak perlawanan, tetapi jika kami bermain seperti tahap sebenar kami, kami akan mendapat sesuatu daripada perlawanan. Tetapi kami gagal melakukannya." - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Chelsea Terus Fokus Elak Kekalahan "