• Cekalkan hati ke laut di musim tengkujuh

    Published: Thursday, 7 December 2017
    A- A+


    KOTA BHARU: Nelayan di Pantai Sabak di sini, tetap mencari rezeki di laut ketika musim tengkujuh walaupun cuaca tidak menentu dan agak membahayakan.

    Nelayan, Nik Ruzullaili Yusoff, 38, berkata dia dan rakannya cekalkan hati untuk ke laut walaupun bimbang keadaan laut yang bergelora.

    "Jika memikirkan perasan takut dengan keadaan cuaca tidak menentu, sudah tentu kami tidak berani untuk keluar menangkap ikan.

    "Namun, pendapatan kami hanya bergantung kepada hasil ikan semata-mata dan perlu menanggung keluarga menyebabkan saya terpaksa turun ke laut.

    "Antara jenis ikan yang sering diperoleh pada musim hujan termasuk ikan ebek dan cencaru," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

    Sementara itu, Pengerusi Komuniti Nelayan Tanjung Kuala Sabak, Mohd Faizal Raahid, 38, berkata dia sentiasa mengingatkan nelayan supaya membawa alat komunikasi bagi memudahkan mereka dikesan jika berlaku kecemasan.

    Katanya, setiap nelayan yang sanggup turun ke laut pada musim tengkujuh perlu membawa rakan antara 10 hingga 20 orang sebagai aspek menjaga keselamatan masing- masing.

    "Walaupun jumlah nelayan yang turun ke laut pada musim tengkujuh tidak ramai, namun langkah pencegahan perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku," katanya.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Cekalkan hati ke laut di musim tengkujuh "