• Calon Parlimen Sarawak Bersih, Matikan Strategi Pembangkang

    Published: Monday, 18 December 2017
    A- A+

    Pilihanraya umum ke14 (PRU14) tidak lama lagi akan diadakan dan hanya menunggu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membubar pada bila-bila masa.

    Bagi menghadapi PRU14, Barisan Nasional Sarawak sudah bersedia dan muka-muka baru akan diketengahkan disamping terdapat muka lama yang akan dikekalkan.

    Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, calon BN akan ditapis terlebih dahulu supaya tidak akan timbul masalah nanti seperti apa yang telah berlaku terhadap ADUN Pujut dari DAP.

    Agensi yanģ akan menapis calon bertanding ialah SPRM, PDRM, Jabatan Imigresen dan Jabatan Insolvensi serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

    Tegas Abang Johari Tapisan itu perlu bagi memastikan semua calon yang bertanding nanti mempunyai rekod yang baik.

    Tindakan sebegini amatlah diperlukan dan bertepatan kerana BN memerlukan calon yang benar-benar bersih. Tidak akan menimbul masalah jika calon memang benar-benar memiliki rekod bersih dan disamping itu berjiwa rakyat.

    Hakikatnya pihak pembangkang akan kehilangan isu untuk menyerang BN kerana diketahui selama ini pembangkang sentiasa mencari kelemahan calon BN dengan menyebar serangan peribadi jika isu pembangunan tidak dapat dijadikan modal untuk menghasut rakyat justeru mematikan strategi pembangkang. - Abdul Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Calon Parlimen Sarawak Bersih, Matikan Strategi Pembangkang "