• Buru Pengganas Sampai Lubang Cacing

    Published: Tuesday, 5 December 2017
    A- A+

    Polis sedang memantau beberapa individu yang berada dalam senarai pemerhatian kerana terbabit dengan kumpulan Abu Sayyaf (ASG).

    Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, walaupun beberapa suspek sudah dihapuskan, operasi memburu mereka yang masih bebas tetap diteruskan.

    “Empat hingga lima anggota ASG ini sudah dihapuskan pihak berkuasa Filipina.

    “Walaupun begitu, operasi memburu anggota ASG ini yang turut terbabit dengan kes culik untuk tebusan (KFR) tetap diteruskan,” katanya hari ini.

    Pada masa sama, Mohamad Fuzi berkata, individu yang ditembak mati pasukan keselamatan di perairan laut Silam, Lahad Datu, Sabah semalam adalah anggota ASG yang turut berada dalam senarai pemerhatian pihaknya.

    Terdahulu, pengganas terbabit yang juga lelaki disyaki warga Filipina berusia 30-an ditembak mati jam 3 pagi di perairan laut Silam, Lahad Datu, Sabah semalam.

    Pasukan keselamatan turut menemui senjata api jenis shot gun dan beberapa butir peluru.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Buru Pengganas Sampai Lubang Cacing "