• Burger Hijau Di RH Corner

    Published: Tuesday, 26 December 2017
    A- A+

    Bermula dengan hanya mengambil tempahan dari rumah, Sutina Samsudin kini terus mengorak langkah dalam bidang keusahawanan dengan membuka kiosk makanan yang dikenali RH Corner di Metrocity Seafood Garden.

    Berusia 29 tahun, Sutina yang sebelum ini merupakan surirumah mendapat inspirasi untuk berniaga makanan kerana minat mendalamnya dalam bidang masakan dan perniagaan.


    Menurutnya, juadah makanan yang disediakan adalah kombinasi masakan tempatan dan makanan barat merangkumi nasi ayam berempah sambal petai atau sambal belacan pedas, nasi ayam berampah talam untuk hidang empat hingga lima orang, nasi ayam masak lemak cili api dan nasi ayam wing madu.

    Juadah makanan barat pula katanya merangkumi homemade burger yang menggunakan roti berwarna hijau, homemade pelbagai jenis aneka roti merangkumi roti bakar, roti kahwin, roti cheese dan roti coklat.


    Selain itu harga yang ditawarkan untuk menu makanan agak berpatutan dan sesuai untuk santapan seisi keluarga.

    "Perniagaan ini bermula kerana saya mempunyai impian untuk berjaya seperti suri rumah yang lain. Di sekiling saya ramai suri rumah yang berjaya dan mempunyai pendapatan.

    "Secara tidak langsung saya dapat meringankan bebanan suami untuk menyara kami sekeluarga," katanya.


    RH Corner memulakan operasi dari jam 8 pagi hingga 11 malam pada setiap hari kecuali Rabu.-Sarawakiana










  • No Comment to " Burger Hijau Di RH Corner "