• Bunuh Tunang Untuk Bersama Kekasih Baharu

    Published: Tuesday, 26 December 2017
    A- A+

    CHUMPHON – Seorang lelaki dan seorang wanita dituduh yang membunuh tunang lelaki itu di walayah selatan Thailand, Chumphon akan berhadapan dakwaan tambahan, kata polis.

    Ketua polis wilayah itu, Mejar Jeneral Sonthichai Awattanakulthep berkata, lelaki tersebut, Ronnachai Panchart akan dituduh melakukan rompakan, lapor The Naton dan Asia News Network.

    Beliau telah pun menghadapi tiga tuduhan termasuk pembunuhan terancang dengan menembak Nontiya Kruajaturat, pembantu doktor gigi yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan Ahad lalu.

    Ronnachai mengambil telefon bimbit Nontiya selepas melakukan pembunuhan itu dan didakwa memberikannya kepada kekasih baharu, Naruemon Chuaysombat.

    Chuaysombat juga telah ditahan dan didakwa melakukan pembunuhan terancang ketika beliau dilaporkan membuat pengakuan kepada polis bahawa dia telah membeli senapang yang digunakan Ronnachai dalam pembunuhan tersebut pada harga Baht 7,000. Dia juga akan didakwa memiliki barangan curi.

    Terdahulu dilaporkan seorang jururawat yang tinggal bersebelahan bilik Nontiya di Hospital Komuniti Salui di Thasae menemui mayat mangsa pada pagi Selasa minggu lalu selepas mangsa tidak datang kerja di hospital.

    Tingkap bilik Nontiya pecah dan terdapat kecederaan pada dada mangsa akibat tembakan.

    Kamera keselamatan di hospital menunjukkan seorang lekaki dengan pakaian yang menutup kepala, kelihatan seperti sedang mabuk, mundar mandir di kediaman hospital itu pada pukul 1 pagi.

    Polis telah menyioal siasat Ronnachai selepas bapa Nontiya berkata, suspek mahu membatalkan majlis perkahwinan kerana mempunyai teman wanita baharu.

    Nontiya dilaporkan mahu meneruskan majlis perkahwinan itu pada hari Ahad walaupun teman lelakinya itu telah memberitahu bahawa dia mempunyai teman wanita baharu.

    Ronnachai telah ditahan dan dilaporkan mengaku melakukan jenayah itu selepas polis menemui pakaian di rumahnya yang sepadan dengan rakaman video.

    Pada asalnya, keluarga Nontiya merancang untuk mengadakan upacara membakar mayat pada Ahad, pada hari majlis perkahwinan dijadual berlangsung, tetapi mengubah fikiran dengan berkata, mereka akan menangguhkan upacara itu sehingga kes pembunuhan tersebut selepas.

    Keluarga itu mahu kedua-dua suspek dikenakan hukuman mati.

    Sonthichai berkata, hukuman maksimum untuk supek terbabit ialah hukuman mati namun mahkamah mungkin mengambil kira pengakuan suspek ketika membuat keputusan.

    “Ia dipertimbangkan mahkamah yang mana polis tidak boleh mempertikaikannya,” katanya. – Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Bunuh Tunang Untuk Bersama Kekasih Baharu "