• Bunuh Isteri: Pengacara Rancangan Jenayah Dipenjara

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Thursday, 21 December 2017
    A- A+


    BEKAS pengacara rancangan jenayah ‘India’s Most Wanted’ telah dipenjarakan selepas didapati membunuh isterinya dengan cara menikam wanita terbabit.

    Suhaib Ilyasi, 51, dihukum penjara seumur hidup selepas mengaku membunuh Anju pada tahun 2000.

    Mayat Anju, yang ketika itu berusia 30 tahun, ditemui di kediaman mereka di East Delhi.

    Ketika itu, Suhaib memberitahu polis bahawa isterinya telah membunuh diri selepas bergaduh dengannya namun dia ditangkap selepas keluarga mertuanya mendakwa Suhaib selalu mendera isterinya disebabkan wang dowry.

    Suhaib pada mulanya didakwa di bawah seksyen 304 B (kematian akibat dowry) dan kesalahan kerana berlaku kejam kepada isterinya serta menyembunyikan bukti.

    Bagaimanapun pada 2014, mahkamah memutuskan Suhaib sepatutnya didakwa kerana membunuh selepas mendapat petisyen daripada ibu Anju,

    Selain hukuman penjara seumur hidup, Suhaib juga diarahkan membayar pampasan sebanyak £11,600 kepada keluarga isterinya. – Mynewshub.cc

    Subjects:

  • No Comment to " Bunuh Isteri: Pengacara Rancangan Jenayah Dipenjara "