• Bukan Orang Singapura Lagi...

    Published: Friday, 8 December 2017
    A- A+

    SINGAPURA: Pihak berkuasa Singapura semalam membatalkan kewarganegaraan pemain bola sepak kelahiran Mali kerana didakwa menjadi anggota sindiket mengatur perlawanan sukan itu diperingkat antarabangsa.

    Menurut laporan media, Gaye Alassane yang bermain untuk kelab bola sepak tempatan kali pertama ditahan pada 2013 ketika pihak berkuasa mengambil tindakan keras terhadap sindiket berkenaan.

    Kementerian dalam negeri berkata, ia menggugurkan kewarganegaraan pemain bola sepak berusia 43 tahun terbabit kerana menjadi ahli paling aktif dan dipercayai sindiket yang beroperasi di Singapura itu.

    “Jenayah serius yang dilakukannya bukan saja menjejaskan integriti sistem kewangan Singapura, malah juga peraturan dan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan.

    Alassane mendapat kerakyatan secara naturalisasi selepas datang ke Singapura pada 1993. Dia didakwa melakukan perjalanan ke luar negara sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengatur perlawanan dan mengambil wang rasuah.

    Dia dilaporkan anggota sindiket diketuai ahli perniagaan Dan Tan, yang menurut pakar antara paling agresif di dunia.-AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Bukan Orang Singapura Lagi... "