• Budak Muntah, Najis Berdarah Akibat Susu Tiruan

    Published: Tuesday, 12 December 2017
    A- A+

    Kuala Lumpur : Seorang kanak-kanak muntah-muntah, cirit-birit dan tubuhnya kemerah-merahan akibat minum susu tiruan.

    Adruce Mikael Ahmad Salahuddin, setahun, turut bengkak di badan, muka dan mata selepas meminum susu jenama terkenal sejak Oktober lalu, lapor Harian Metro.

    Ibunya Nor Seila Nawi, 33, hanya sedar produk itu tiruan apabila mengetahui berita rampasan kotak susu rumusan bayi dirampas di Johor Baru kelmarin.

    "Saya sudah serik melihat anak saya menderita keluar masuk hospital, muntah-muntah sehingga sembilan kali sehari, cirit-birit 11 kali dan najis berdarah sedangkan dia masih kecil," katanya.

    Beliau berkata anak bongsunya kini beransur pulih selepas mengikuti nasihat doktor dengan menukar produk susu lain.

    Sebanyak 210 kotak susu rumusan bayi disyaki tiruan bernilai RM42,000 dirampas dalam serbuan lima premis sekitar Johor Baru.

    Operasi dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor Ahad lalu. - Malaymail

    Subjects:

  • No Comment to " Budak Muntah, Najis Berdarah Akibat Susu Tiruan "