• Buaya Ganas Suka Bergambar

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Monday, 11 December 2017
    A- A+

    Apa perasaan apabila buaya air masin, mungkin terbesar di dunia tiba-tiba melonjak keluar dari sungai, hanya beberapa kaki dari anda?

    Begitulah yang berlaku terhadap sekumpulan pelancong di Sungai Adelaide, Wilayah Utara, Australia, namun buaya berkenaan sebenarnya suka gambarnya dirakam.

    Buaya sepanjang lebih enam meter itu melonjak setinggi bumbung bot di depan pelancong, membiarkan gambarnya dirakam.

    Buaya air masin ini semakin banyak di Australia dan Sungai Adelaide antara yang paling padat dengan populasi buaya terbabit.

    Menurut Daily Mail, buaya digelar Dominator itu dipercayai terbesar di dunia dan terkenal kerana sering melonjak keluar dari permukaan sungai apabila pelancong datang.

    Gambar ini dirakam wanita, seorang pekerja syarikat binaan dari Queensland, Rhys Crowley, 25, antara pelancong.

    “Kami baru berada sekitar 10 minit apabila buaya ini tiba-tiba muncul.

    “Kamu boleh lihat betapa hampirnya ia dengan bot satu lagi dan pelancong yang terperanjat. Ramai menjerit kuat.

    “Mereka beritahu ia antara buaya paling agresif namun, bagi saya ia kelihatan jinak.

    Dia muncul untuk mengucapkan selamat datang,” katanya.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Buaya Ganas Suka Bergambar "