• Brexit: Theresa May gagal lagi!

    Published: Thursday, 14 December 2017
    A- A+

    LONDON: Laluan Brexit untuk Britain terus sukar selepas rang undang-undang itu gagal diluluskan di Parlimen.

    Dalam satu undian pada Rabu, 309 Ahli Parlimen setuju mengundi supaya rang undang-undang itu dipinda, berbanding 305 Ahli Parlimen yang menolak.

    Perkembangan ini disifatkan satu tamparan hebat buat Perdana Menteri, Theresa May.

    Pindaan Klausa 9 usul itu dibentangkan wakil Parti Konservatif, Dominic Grieve.

    Rang undang-undang itu perlu mendapat kelulusan untuk membolehkan segala undang-undang Kesatuan Eropah (EU) dipindahkan menjadi undang-undang United Kingdom, menjelang pemisahan negara itu dari blok berkenaan pada 29 Mac 2019.

    Keputusan ini satu lagi kekecewaan buat May, yang sebelum ini bergelut memastikan peralihan lancar Brexit, sejak membuat keputusan mengadakan pilihan raya awal pada Jun lalu.

    Ia menyaksikan May kehilangan kedudukan majoriti di Parlimen dan terpaksa menubuhkan pakatan dengan Parti Kesatuan Demokratik Ireland Utara, yang mempunyai 10 kerusi. - AstroAwani

    Subjects:

  • No Comment to " Brexit: Theresa May gagal lagi! "