• Brent turun lapan cent

    Reporter: Yusz Man
    Published: Thursday, 21 December 2017
    A- A+


    SINGAPURA: Harga minyak stabil hari ini selepas mencatat kenaikan kukuh susulan penyusutan inventori minyak mentah Amerika Syarikat (AS).

    Dagangan hadapan West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$58.05 satu tong pada 0126 GMT, turun tiga cent daripada penutup sebelum ini.

    Penanda aras antarabangsa Brent berada pada AS$64.58 satu tong, turun lapan cent.

    Kedua-dua penanda aras itu menokok sekitar satu peratus dalam sesi sebelumnya.

    Peniaga berkata, penyusutan inventori minyak mentah AS menyokong pasaran.

    Inventori minyak mentah AS susut sebanyak 6.5 juta tong dalam minggu berakhir 15 Disember, demikian menurut data Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA).

    Secara keseluruhan, termasuk Rizab Strategik AS, susut kepada 436 juta tong, terendah sejak Oktober 2015. - REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " Brent turun lapan cent "