• Bomba Bantu Bawa Warga Emas 160kg Ke Hospital

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Thursday, 28 December 2017
    A- A+

    IPOH: Seorang wanita berusia 68 tahun dengan berat badan 160 kilogram yang terlantar sakit di rumahnya di Persiaran Desa Tambun di sini, terpaksa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dengan bantuan anggota bomba untuk rawatan.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, keluarga mangsa menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh untuk bantuan pada jam 11.54 malam tadi.

    "Anggota yang tiba di rumah berkenaan mendapati seorang wanita warga emas yang memerlukan rawatan sedang terlantar di atas katil.

    "Anggota mengangkat mangsa ke dalam kenderaan pasukan Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) dan menyerahkan mangsa kepada pihak hospital untuk tindakan selanjutnya," katanya di sini, hari ini.

    Beliau berkata, operasi yang mengambil masa setengah jam itu dipantau pasukan paramedik bomba dan pegawai perubatan dari HRPB. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Bomba Bantu Bawa Warga Emas 160kg Ke Hospital "