• BN Kekuatan Penduduk Di Belaga - Liwan Lagang

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Friday, 29 December 2017
    A- A+
    Menteri Muda Bekalan Air merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga Datuk Liwan Lagang menegaskan penduduk Belaga tetap setia kepada barisan kepimpinan Barisan Nasional (BN).

    Memetik laporan Utusan Borneo, Liwan berkata BN adalah kekuatan penduduk di Belaga justeru kesetian mereka terhadap parti tidak perlu dipersoal oleh sesetengah pihak.

    "Tidak perlu dipersoalkan mereka tetap menyokong BN meskipun berlaku perubahan dalam kepimpinan dan parti komponen di negeri ini.

    “BN masih di hati kami dan kesetiaan kepada BN adalah kekuatan penduduk di Belaga,” katanya

    Liwan menambah kesetiaan yang ditunjukkan oleh penduduk telah dihargai oleh kerajaan BN dengan pengumuman Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg untuk menaik taraf Jalan Belaga-Menjawah sejauh 38 kilometer bersama peruntukan segera RM50 juta.

    “Terima kasih Ketua Menteri, anda datang tepat pada waktunya, anda datang ketika kami amat memerlukan, anda datang ketika kami sedang dalam kesulitan.

    "Penduduk Belaga sangat berterima kasih dan menghargai keikhlasan dan komitmen anda,” ujarnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " BN Kekuatan Penduduk Di Belaga - Liwan Lagang "