• Bitcoin Terus Rugi

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Tuesday, 26 December 2017
    A- A+

    NEW YORK – Matawang kripto terbesar, Bitcoin terus mencatatkan kerugian semasa hujung minggu yang panjang perayaan Krismas.

    Ia gagal untuk menghentikan jualan besar-besaran selepas rali luar biasa sehingga mencecah AS$20,000.

    Kejatuhan nilai Bitcon kali ini membawanya ke paras terendah sejak 2015.

    “Barat menyebabkan penjualan berlaku,” kata Mati Greenspan, penganalisis kanan broker dalam talian berpangkalan di Tel Aviv, e-Toro.

    Jelasnya, kejatuhan nilai Bitcoin turut didorong oleh peningkatan dagangan dalam dolar dan bukannya yen.

    Tambah beliau, lonjakan nilai matawang kripto itu sangat mendadak sehingga menyebabkan pelabur bertindak menjualnya sebelum menikmati cuti perayaan Krismas. – MalaysiaGazette

    Subjects:

  • No Comment to " Bitcoin Terus Rugi "