• Bintang The Apprentice Lepas Jawatan

    Published: Thursday, 14 December 2017
    A- A+

    WASHINGTON: Bintang realiti televisyen dan bekas peserta rancangan The Apprentice, Omarosa Manigault, dilapor akan meletakkan jawatan sebagai kakitangan Rumah Putih, awal tahun depan.

    "Omarosa Manigault Newman meletakkan jawatan, semalam dan ia berkuat kuasa 20 Januari depan.

    "Kami mendoakan kejayaan dalam kerjayanya dan berterima kasih atas segala khidmat yang diberikan selama ini," kata Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Sarah Sanders.

    Pelantikannya mencetuskan perdebatan dalam kalangan kakitangan pentadbiran Trump, selepas dilaporkan menerima gaji sebanyak AS$179,700 (RM733,410) setahun.

    Tugasnya sebagai kakitangan pejabat perhubungan awam Rumah Putih turut dipertikaikan.

    Berita peletakan jawatan itu diumumkan selepas beliau dilaporkan mengadakan majlis meraikan bakal pengantin perempuan di Rumah Putih. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Bintang The Apprentice Lepas Jawatan "