• Bina LRT Bukan Angan-Angan Kosong

    Published: Thursday, 14 December 2017
    A- A+
    Sistem pengangkutan awam Sarawak memerlukan penambahbaikan memandangkan aliran trafik negeri ini akan mengalami kesesakan yang teruk akibat peningkatan jumlah kenderaan di jalan bandaraya ini.

    Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri setakat ini masih kekal dengan perancangannya mahu mewujudkan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) bermula di bandaraya ini dan laluannya kemudian dipanjangkan sehingga ke Damai dan Serian walaupun akan menelan kos tinggi.

    Pihak pembangkang terutama DAP tidak bersetuju langkah kerajaan untuk membina LRT kerana DAP mahu perkhidmatan bas ditambah. DAP menyatakan kos untuk pembinaan LRT terlalu besar.

    Hakikatnya pembinaan LRT merupakan satu penyelesaian kepada kesesakan lalulintas yang semakin teruk di Bandaraya Kuching. Pada masa sama sistem LRT penting bagi sektor pelancongan tempatan kerana pelancong asing yang datang berkumpulan pasti akan memilih mengunakan pengangkutan awam terbabit sekiranya lokasi pelancongan dituju mereka terdapat dalam laluannya.

    Abang Johari berkata, ketika ini pelancongan asing biasanya menggunakan perkhidmatan bas, bagaimanapun perkhidmatan bas kita ibarat mati tidak, hidup pun tidak. 

    Mereka juga sukar mengunakan pengangkutan awam lain seperti kereta kerana had penumpang kereta seramai empat orang sahaja.

    Justeru sistem LRT begitu penting dan berfaedah untuk rakyat dan ia bukan angan-angan kosong kerana Abang Johari mensasarkan sistem berkenaan diwujudkan tiga ke empat tahun akan datang. - A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Bina LRT Bukan Angan-Angan Kosong "