• Bijak Rebut Peluang Dari Hasil Pembangunan

    Published: Friday, 8 December 2017
    A- A+


    Gambar kredit Azlan Rumadi
    Kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakan pembangunan yang berimpak tinggi terhadap masyarakat terutama yang berada di luar bandar. Masyarakat yang hampir dengan pembangunan akan mendapat faedah terutama dalam aspek sosioekonomi.

    Ia merupakan dasar pembangunan yang berterusan dan memerlukan masyarakat untuk terlibat sepenuhnya agar ketinggalan dan terus meningkat taraf kehidupan yang lebih baik.

    Masyarakat kawasan Beting Maro memiliki kesedaran terhadap faedah-faedah yang terdapat daripada hasil pembinaan Jambatan Sungai Rimbas.

    Majoriti penduduk di kawasan tersebut merupakan Melayu dan mereka bijak merebut peluang yang ada. Mereka melihat pembangunan yang di beri kerajaan bukan sekadar pembangunan tetapi lebih daripada itu.

    Walaupun pada hakikatnya mereka terdiri daripada nelayan dan petani, namun tidak melepas peluang dalam ekonomi dengan mengadakan jualan di tapak berhampiran Jambatan Rimbas. Anak muda antara yang paling ramai terlibat dengan aktiviti ekonomi yang menjual pelbagai jualan yang mampu mningkatkan pendapatan.

    Contoh sebegini yang harus di jadikan iktibar kepada masyarakat lain yang hanya melihat pembangunan sebagai kemudahan tetapi tidak memanfaat dalam bentuk lain.

    Jelas sekali penduduk berhampiran Jambatan Rimbas bijak mencipta peluang yang akan memberi faedah terhadap mereka menerusi keterlibatan dalam sosioekonomi.

    Apa yang menjadi harapan adalah aktiviti sebegini seharusnya diteruskan sampai bila-bila dan menjadikan aktiviti ekonomi sebagai kerjaya sepenuh masa terutama kepada golongan muda. -

    Subjects:

  • No Comment to " Bijak Rebut Peluang Dari Hasil Pembangunan "