• Biar Kepimpinan Tertinggi BN Buat Keputusan - Wan Junaidi

    Published: Tuesday, 26 December 2017
    A- A+

    Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) menentukan nasibnya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Pada PRU13 yang lalu, beliau berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Santubong dengan majoriti 20,936 undi menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) , STAR dan Bebas.

    Menurutnya, beliau tidak akan mendesak pucuk pimpinan untuk mencalonkankan semula walaupun majoriti menginginkannya dicalon semula.

    Memetik laporan Utusan Borneo, beliau berkata, pendiriannya tetap konsisten sejak pertama kali dicalonkan di kerusi Parlimen Batang Lupar di mana beliau akan bertanding apabila diminta untuk bertanding.

    “Pendirian saya adalah konsisten sejak kali pertama dicalonkan pada 1990 di kerusi Parlimen Batang Lupar, di mana saya bertanding bila diminta untuk bertanding.

    “Begitu juga sebaliknya, jika saya tidak lagi diminta untuk bertanding, maka saya tidak akan bertanding,” katanya.

    Sehubungan itu, Wan Junaidi akur dengan setiap keputusan yang akan dibuat oleh pucuk pimpinan tertinggi parti BN.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Biar Kepimpinan Tertinggi BN Buat Keputusan - Wan Junaidi "