• Biar Betul Bil Elektrik RM1.16 Trilion

    Published: Wednesday, 27 December 2017
    A- A+

    Seorang wanita di Pennsylvania, Amerika Syarikat, terkejut apabila memeriksa bil elektriknya dalam talian berjumlah lebih AS$284 bilion (RM1.16 trilion)

    Daily Mail melaporkan, Mary Horomanski, 58, dari Eire, berkata: “Mata saya seperti hendak tercabut keluar melihat jumlah dalam bil yang dikeluarkan syarikat pembekal elektrik, Penelec.

    “Kami baru memasang lampu Krismas dan saya tertanya-tanya kemungkinan kami tersilap pasang menyebabkan bil elektrik setinggi itu.”

    Menurut arahan dalam bil berkenaan, dia tidak perlu membayar jumlah itu sehingga November 2018 namun perlu membuat bayaran minimum pada bulan ini sebanyak AS$28,156 (RM114,880)

    Wanita segera menghubungi anak lelakinya yang kemudian menghubungi syarikat pembekal elektrik terbabit dan mereka memberi jaminan supaya jangan bimbang kerana ia adalah kesilapan teknikal.

    Bil wanita itu kemudian diperbetulkan kepada jumlah sebenar iaitu AS$284.46 (RM1,160).

    Menurut jurucakap First Energy (syarikat induk Penelec), Mark Durbin, beliau tidak pasti bagaimana kesilapan itu boleh berlaku.

    “Saya tidak pernah melihat bil berjumlah berbilon dolar sebelum ini,” katanya-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Biar Betul Bil Elektrik RM1.16 Trilion "