• Biadap ! Al-Quran Dicampak Dibakar

    Published: Tuesday, 26 December 2017
    A- A+

    Kejadian pecah masuk Surau Al-Hidayah di Jalan Pertanian, Taman Universiti, Skudai, Johor, malam tadi mengejutkan jemaah dan pihak pengurusan surau berikutan sejumlah al-Quran diselerakkan di atas lantai selain dibakar.

    Pengerusinya, Hassan Sabudin berkata, kejadian pecah masuk surau itu bukan pertama kali berlaku.

    Namun tindakan kali ini dianggap melampau dan serius berikutan tidak menghormati al-Quran.

    "Kami tidak mengesyaki atau menuduh sesiapa, tetapi sekiranya ada masalah, datang berbincang dengan kami. Jangan bertindak sebegini sehingga tidak menghormati kitab suci al-Quran," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

    Menurut beliau, kejadian itu disedari bendahari surau kira-kira 2 pagi, yang kebetulan melalui kawasan surau dan melihat pintu surau terbuka.

    "Lebih menyedihkan, sejumlah al-Quran dipercayai dibakar berikutan kami melihat ada kesan terbakar dan abu, malah ada api kecil yang masih menyala ketika itu.

    "Saya segera ke surau untuk sebelum kami membuat laporan polis di Balai Polis Taman Universiti," katanya.

    Hassan berkata, kejadian pecah masuk itu dipercayai berlaku pada 11.20 malam, memandangkan jam besar di surau itu yang dialihkan penjenayah terhenti pada kedudukan jarum menunjukkan jam 11.20.

    Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Beh Eng Lai ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan polis dibuat pengurusan surau berkenaan.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Biadap ! Al-Quran Dicampak Dibakar "