• Bersatu Menentang Dakyah Pembangkang - Karim

    Published: Saturday, 23 December 2017
    A- A+

    KOTA SAMARAHAN: Ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) peringkat cawangan perlu bersatu menentang dakyah pembangkang, demikian kata Ahli Majlis Tertinggi PBB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

    Beliau turut menasihatkan agar pemimpin akar umbi tidak terlalu memikir untuk memenuhkan poket sendiri apabila sudah dipilih.

    Dalam perkembangan sama, Timbalan Ketua Cawangan Hamzah Ibrahim turut menyeru semua ahli PBB Cawangan Muara Tuang untuk meneruskan kegemilangan semasa pilihan raya yang akan datang.

    "Saya berharap, pemimpin di peringat tinggi cawangan dapat mengambil kita pendapat dan pandangan akau umbi untuk kepentingan bersama terutama dalam aspek pembangunan serta projek keperluan rakyat di kawasan.

    "Semoga mana-mana pemimpin yang telah di beri tanggungjawab dan menang agar terus turun padang dan memberi khidmat selari dengan kerjasama semua pihak serta bukan memikir kehendak sendiri," tegasnya.

    Dato' Idris Buang kini menjawat jawatan Ketua PBB Cawangan Muara Tuang.

    Hamzah yang sebelum ini memangku jawatan ketua cawangan kini memegang jawatan Timbalan Ketua Cawangan, manakala jawatan Naib Ketua Cawangan dipegang oleh Dustan Rectekar sementara jawatan Ketua Pemuda telah dimenangi Afiq Fikri Ibrahim dibantu oleh Undi Jili sebagai Timbalan Ketua Pemuda- Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Bersatu Menentang Dakyah Pembangkang - Karim "