• Berlian Terbesar Sierra Leone Dijual AS$6.5 J

    Published: Tuesday, 5 December 2017
    A- A+

    NEW YORK: Berlian paling besar pernah ditemui di Sierra Leone dijual kerajaan negara itu dalam usaha membasmi 'berlian berdarah' pada harga AS$6.5 juta (RM26 juta) semalam.

    Seberat 709 karat dan digelar 'berlian keamanan', ia ditemui Mac lalu, terbesar pernah ditemui di Sierra Leone dalam masa setengah abad dan antara ke-10 dan ke-15 paling besar pernah ditemui di dunia, kata pakar.

    Ditemui syarikat diketuai Paderi Momoh, berlian itu diberikan kepada kerajaan dengan harapan ia dapat mengendalikan jualan yang memberikan lebih banyak keuntungan dan membangunkan potensi di negara itu.

    Syarikat barang kemas Britain, Laurence Graff, membeli berlian berkenaan, menurut kumpulan yang mengendalikan lelongan, Martin Rapaport.

    Kerajaan menjangkakan ia mencecah harga AS$7 juta (RM28 juta).

    "Mungkin kita berhadapan dengan harga ketelusan," kata Rapaport.

    Perlombongan haram dan penjualan apa yang digelar 'berlian berdarah' menjadi sumber utama konflik di banyak negara Afrika termasuk Sierra Leone. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Berlian Terbesar Sierra Leone Dijual AS$6.5 J "