• Benteng Hakisan RM10 Juta Mula Dibina Januari 2018

    Reporter: Yusz Man
    Published: Tuesday, 26 December 2017
    A- A+

    KUCHING: Peruntukkan RM10 juta yang diluluskan bagi projek pembinaan benteng sepanjang lebih satu kilometer di tepi pantai Kampung Buntal dijangka bermula pada Januari 2018 ini nanti.

    Memetik laporan akhbar Utusan Borneo, Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, bagi mengekang masalah  hakisan di sepanjang pantai terutamanya di kawasan Buntal, kerajaan mengambil langkah dengan membina benteng berkenaan bagi mengatasi masalah terbabit.

    “Hakisan di sepanjang pantai negara termasuk di Buntal ini semakin serius di mana 10 peratus daripada 8,000 kilometer pantai negara mengalami hakisan,” katanya.

    Justeru, Wan Junaidi yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata, selepas selesainya kerja pembinaan benteng itu kelak, ia akan dapat menyelamatkan kampung ini daripada hakisan selain daripada meluaskan lagi dataran Buntal bagi tujuan pelancongan.

    Sementara itu, beliau turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM3juta bagi mengatasi masalah hakisan di Bako yang telah memusnahkan lapan buah rumah.  -Sarawakiana

  • No Comment to " Benteng Hakisan RM10 Juta Mula Dibina Januari 2018 "