• Bekas pengarah kastam cedera dirompak

    Published: Friday, 15 December 2017
    A- A+

    KUCHING: Bekas Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak, Frankie Jurem Nyumboi, cedera dalam insiden rompakan di kediamannya di Jalan Mendu, di sini, semalam.

    Dalam kejadian jam 12.55 tengah hari, mangsa berusia 72 tahun hanya tinggal berdua dengan isterinya yang berusia 66 tahun.

    Suspek dipercayai penduduk tempatan turut melarikan kereta jenis Honda CR-V milik mangsa.

    Kenderaan itu kemudian ditemui ditinggalkan selepas terbabas di kawasan ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Serian-Bau, petang semalam.

    Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, mangsa kini masih dirawat di Hospital Umum Sarawak.

    Beliau berkata, berikutan itu pihaknya masih belum dapat mengambil keterangan mangsa.

    "Anjing turut dibawa ke lokasi kereta itu ditemui petang semalam, namun suspek gagal dikesan.

    "Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.-BHOnline
  • No Comment to " Bekas pengarah kastam cedera dirompak "