• Bekas Juara Olimpik Berdepan Isu rasuah

    Published: Wednesday, 20 December 2017
    A- A+


    BRUSSELS - Bekas juara berbasikal Olimpik, Alexander Vinokourov berdepan perbicaraan berhubung kesalahan rasuah apabila dituduh membayar pelumba Russia, Alexander Kolobnev bagi membolehkannya memenangi perlumbaan.

    Pelumba Kazakhstan berusia 44 tahun yang memenangi pingat emas acara lebuh raya ketika Sukan Olimpik 2012 di London itu pernah digantung dua tahun pada 2007 hingga 2009 kerana kesalahan membabitkan penggunaan bahan terlarang.

    Terbaharu dia didakwa telah membayar Kolobnev sebanyak 150,000 pound (RM819.464) supaya membiarkannya menjuarai klasik Liege-Bastogne-Liege pada 2010.

    Perbicaraan ini akan diadakan di Liege pada 13 Mac tahun depan dan Kolobnev juga akan dibicarakan, kata pendakwa raya Belgium.

    Kedua-duanya dituduh dengan sengaja mencapai persetujuan untuk membolehkan Vinokourov memenangi perlumbaan selepas kedua-duanya saling bersaing dalam penentuan juara.

    Siasatan akan dibuat berdasarkan emel kedua-dua pelumba berkenaan dan juga dua rekod pemindahan wang pada Julai dan Disember 2010. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Bekas Juara Olimpik Berdepan Isu rasuah "