• Bawang Assan Deposit Tetap BN

    Published: Thursday, 21 December 2017
    A- A+

    Pengerusi Unit Bumiputera Parti Rakyat Bersatu (UPP) Bawang Assan Andrew Shilling melahirkan keyakinan kawasan penempatan Bawang Assan hingga ke Sungai Melanggan akan terus menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Memetik laporan Utusan Borneo, beliau berkata, kawasan tersebut akan menjadi deposit tetap BN.

    "Kerajaan tahu pengundi di Bawang Assan hingga ke Sungai Melanggan adalah penyokong atau deposit tetap BN.

    "Oleh itu, banyak projek pembangunan dilaksanakan," katanya.

    Mengimbas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), menurutnya, sokongan terhadap calon BN amat baik iaitu sekitar 89 peratus.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Bawang Assan Deposit Tetap BN "