• Bapa Setan Rogol Anak Sampai Mengandung

    Published: Saturday, 23 December 2017
    A- A+

    Polis menahan seorang lelaki berusia 50 tahun kerana merogol anak perempuannya berusia 15 tahun sehingga mengandung di Blok Green Garden Air Itam, Georgetown semalam.

    Rahsia lelaki itu terbongkar apabila ibu mangsa berusia 50 tahun mengesyaki suaminya ada membuat perkara tidak senonoh dengan anak perempuannya.

    Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, berdasarkan siasatan anak perempuannya berusia 15 tahun didapati telah mengandung dan mengaku telah melakukan hubungan seks dengan bapanya

    Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan mangsa sudah tidak bersekolah.

    Katanya, satu laporan dibuat di Balai Polis Air Itam dan polis kemudian menahan suspek di rumahnya untuk siasatan lanjut.

    Polis turut merampas sebuah telefon bimbit milik suspek untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

    Anuar berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan lanjut dan hasil pemeriksaan mendapati mangsa telah mengandung enam bulan.

    Beliau berkata, polis turut merakam percakapan isteri suspek, mangsa dan saksi.

    Katanya, siasatan turut dilakukan di lokasi kejadian selain barang kes untuk dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan.

    “Kes diklasfikasikan selesai dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan iaitu rogol dan suspek kini ditahan reman enam hari untuk siasatan lanjut,” katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Bapa Setan Rogol Anak Sampai Mengandung "