• Bapa Jenis Apa Kau Ni

    Published: Wednesday, 6 December 2017
    A- A+

    Lelaki di utara China yang tidak layak menjadi bapa ini ternyata kejam kerana bukan saja sanggup menampar anak perempuannya yang masih kecil berkali-kali, malah memijak serta menghentak budak malang itu ke jalan raya.

    Kejadian dalam rakaman video ini berlaku di sebuah stesen bas di utara China dan lelaki terbabit sudah ditahan polis dan budak berkenaan yang dianggar berusia dua tahun, kini diserahkan kepada neneknya.

    Daily Mail yang memetik The Paper melaporkan, kejadian mengejutkan itu berlaku di Langfang, wilayah Hebei, pada 2 Disember lalu.

    Lelaki berusia 39 tahun dikenali sebagai Zhang itu dilihat menyalakan rokok memijak belakang anaknya dengan kejam sebelum menariknya bangun dan menampak pipi budak malang itu berulang kali.

    Lelaki itu memberitahu orang ramai berhampiran ‘tiada apa yang berlaku’ apabila ada yang bertanya kenapa di memukul anaknya.

    Polis mengeluarkan kenyataan pada 3 Disember menyatakan sudah mengenal pasti Zhang dan mengesahkan dia adalah bapa kandung kanak-kanak berkenaan.

    Pemeriksaan di hospital mendapati kanak-kanak itu tidak cedera.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Bapa Jenis Apa Kau Ni "