• Banjir Sarawak, 187 Mangsa Terjejas Dipindahkan

    Published: Thursday, 21 December 2017
    A- A+


    KUCHING: Seramai 187 orang mangsa terjejas banjir di negeri ini dipindahkan ke pusat pemindahan setakat jam 8.00 pagi ini.

    Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, Limbang mencatatkan jumlah tertinggi iaitu seramai 93 orang dipindahkan ke Dewan Masyarakat Mendamit.

    Di daerah Lawas, jumlah mangsa yang terjejas akibat banjir seramai 73 orang. 68 mangsa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Dewan Masyarakat Trusan, sementara 5 lagi mangsa yang terjejas kediamannya menumpang di rumah saudara, di Kampung Lubok Abai.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata, keadaan banjir di bahagian utara Sarawak; Limbang dan Lawas masih terkawal meskipun trend air sedikir naik.

    Setakat pagi ini, daerah Tatau turut mencatatkan pemindahan mangsa terjejas seramai 21 orang yang dipindah ke Dewan Sukan Tatau. - Sarawakiana

  • No Comment to " Banjir Sarawak, 187 Mangsa Terjejas Dipindahkan "