• Banjir landa utara Sarawak

    Published: Wednesday, 20 December 2017
    A- A+

    MIRI: Fenomena hujan luar biasa diikuti air pasang besar yang berlaku malam tadi menyebabkan beberapa kawasan di utara Sarawak, terjejas banjir.

    Antaranya Kampung Batu Satu, Kampung Pujut Adong, Kampung Wireless dan Kampung Pujut Empat.

    Dalam kejadian di Kampung Batu Satu bot milik nelayan hampir dihanyutkan pasang besar dan terpaksa dipindahkan.

    Ahli Dewan Undangan Negeri Senadin, Datuk Lee Kim Shin berkata, pasang besar dari kawasan laut memasuki daratan sehingga menenggelamkan jalan raya berdekatan.

    "Seramai 10 orang daripada dua keluarga di Kampung Wireless dipindahkan sementara dan ditempatkan di Balai Bomba dan Penyelamat Miri malam tadi berikutan air di kawasan tersebut naik," katanya hari ini.

    Beliau berkata, semua mangsa banjir dilaporkan sudah kembali ke rumah berikutan banjir mulai surut. -BHOnline
  • No Comment to " Banjir landa utara Sarawak "