• Bangunan Kedutaan Paling Mahal Di Dunia

    Published: Thursday, 14 December 2017
    A- A+


    DUTA Amerika Syarikat (AS) ke Britain, Woody Johnson menunjukkan bangunan kedutaan baharu bernilai £750 juta (RM4.1 bilion) di selatan London.

    Struktur itu dipercayai menjadi bangunan kedutaan paling mahal di dunia.

    Malahan, ia dilengkapi dengan sistem keselamatan yang diperkukuhkan.

    Bangunan baharu itu dijangka dirasmikan pada Februari depan semasa lawatan kerja Presiden AS, Donald Trump ke United Kingdom.

    Johnson berkata, bangunan kedutaan itu merupakan 'isyarat kepada dunia' bahawa ia merupakan hubungan istimewa antara Britain dan AS.

    Bangunan baharu yang mempunyai rekaan berbentuk kiub itu, hampir dua kali ganda besar daripada kemudahan Grosvenor Square di London.

    Dengan ketinggian 12 tingkat, bangunan kedutaan AS yang baharu itu mempunyai pemandangan yang menarik menghadap sungai Thames. - Mail Online/mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Bangunan Kedutaan Paling Mahal Di Dunia "