• Bakar Isteri Demi Ibu

    Published: Thursday, 21 December 2017
    A- A+

    Seorang lelaki mendakwa ibunya tidak menyukai kedua-dua isterinya sebelum dia bertindak membakar mangsa hingga mati dalam kejadian di Rajasthan, India.

    Sebelum itu, Deepa Ram menaiki kereta bersama dua isterinya, Daria Devi, 25, dan Mali Devi, 27, kononnya membawa mereka untuk membeli barang kemas.

    Dia kemudiannya memberhentikan kenderaan itu di kawasan terpencil, mengunci mereka di dalam kereta dan membakarnya.

    Polis berkata, bapa kepada tiga anak itu membuat pengakuan terhadap perbuatannya sambil memberitahu kedua-dua isterinya gagal menggembirakan hati ibunya.

    Superintendan Polis Jalore, Binja Ram berkata, suspek bertengkar dengan isterinya ketika dalam perjalanan dan berhenti di bahu jalan selepas itu.

    “Salah seorang isterinya berjaya keluar dari kereta untuk mendapatkan bantuan daripada orang ramai.

    “Namun dia segera memaksa isterinya masuk semula ke dalam kenderaan itu dan memecut ke kawasan terpencil.

    “Dia kemudiannya keluar sambil mengunci mereka lalu membakar kereta berkenaan,” katanya.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Bakar Isteri Demi Ibu "