• Baitulmaqdis : Singapura Ulangi Sokongan Terhadap Penyelesaian Dua Negara

    Published: Thursday, 7 December 2017
    A- A+
    SINGAPURA, 7 Dis (Bernama) -- Singapura mengulangi sokongan secara tekalnya sejak sekian lama terhadap penyelesaian dua negara melibatkan penubuhan sebuah negara Palestin merdeka yang wujud secara aman dan selamat di samping Negara Israel, kata Kementerian Hal Ehwal Luar ((MFA) republik ini.

    "Status Baitulmuqaddis adalah isu sensitif dan kompleks serta mempunyai sejarah yang panjang. Sebarang tindakan bersifat pramatang dan unilateral bagi mengubah status Baitulmuqaddis akan menghalang kemajuan mencapai penyelesaian secara aman terhadap masalah Timur Tengah dan Palestin.

    "Masa depan Baitulmuqaddis perlu diputuskan melalui rundingan secara terus antara Israel dan rakyat Palestin," kata jurucakap kementerian itu sebagai respons terhadap soalan media tentang pengumuman Amerika Syarikat pada 6 Dis yang mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel. -- BERNAMA .

    Subjects:

  • No Comment to " Baitulmaqdis : Singapura Ulangi Sokongan Terhadap Penyelesaian Dua Negara "