• Awang Import Berprofil Tinggi Minat Sarung Jersi Sarawak

    Published: Thursday, 21 December 2017
    A- A+

    Pemain import berprofil tinggi antara yang mencuba nasib untuk menyarung jersi Sarawak musim depan.

    Perkara tersebut didedahkan sendiri Ketua Jurulatih Sarawak, Ian Andrew Gillian sambil berkata, kelibat pemain tersebut hanya dapat disaksikan pada awal Januari depan.

    "Beberapa pemain import luar menyatakan minat untuk menyertai Sarawak dan mereka dijangka tiba bulan depan," katanya seperti yang dilaporkan Utusan Borneo.

    Buat masa ini menurutnya, hasrat untuk memuktamadkan senarai pemain sebelum Krismas terpaksa ditangguhkan kerana proses pendaftaran dan pemeriksaan kesihatan beberapa pemain masih belum lengkap.

    Antara pemain luar yang menjalani ujian bersama Sarawak termasuk Kevin Gunter (tengah), Iqbal Suhaimi dan Mohd Firdaus Muhammad (penjaga gol), Mohd Sabree Mat Abu serta Muhd Muzamir Abdul Hadi.

    Musim depan menyaksikan Sarawak beraksi dalam Liga Perdana selepas tersingkir daripada Liga Super dengan berada pada kedudukan dua terbawah.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Awang Import Berprofil Tinggi Minat Sarung Jersi Sarawak "