• ATM Belanja RM48.22 Juta Untuk Perubatan Anggota

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Monday, 11 December 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah membelanjakan sebanyak RM48.22 juta bagi keperluan ubat-ubatan anggota ATM dari Januari hingga November lalu.

    Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, seramai 94,366 warga ATM telah menerima perkhidmatan kesihatan berkenaan.

    Katanya, ATM juga membelanjakan sebanyak RM1.46 juta untuk bantuan peralatan perubatan kepada anggota ATM yang memerlukan.

    "Bagi membantu pesakit buah pinggang dalam kalangan anggota dan veteran ATM, pihak ATM telah menyediakan sebanyak 39 unit mesin dialisis di seluruh negara.

    "Melalui program Jiwa Murni pula, ATM memberi perkhidmatan kesihatan percuma kepada komuniti luar bandar terutamanya kepada veteran-veteran ATM. Dari Januari hingga November, sebanyak 25 program Jiwa Murni telah dijalankan seluruh negara dan telah memberi manfaat serta kemudahan perubatan kepada 3,600 komuniti luar bandar dan veteran-veteran ATM," katanya sewaktu menjawab pertanyaan lisan Senator Datuk Mustafa Kamal Mohd. Yusoff.

    Mustafa Kamal bertanyakan mengenai langkah-langkah untuk membantu anak-anak warga ATM serta kebajikan anggota dan veteran ATM melalui pendekatan kesihatan dan juga pendidikan. -UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " ATM Belanja RM48.22 Juta Untuk Perubatan Anggota "